fbpx

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak & Diet Ketika Berpuasa.

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email





Kumpulan Diet Ideas Sdn Bhd ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seisi umat Islam di seluruh dunia, khususnya untuk rakyat Malaysia. Kami amat bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnianya, kami mampu untuk bersama-sama anda menyambut Bulan Ramadhan, walaupun krisis dunia yang semakin mencabar, dek kegawatan ekonomi yang disebabkan oleh virus Covid-19.

Semoga dengan keindahan Ramadhan yang mulia ini, kita di beri barakah untuk meneruskan kehidupan dan isu krisis dunia semakin pulih dengan izinNya.

Di Kesempatan ini, kami warga Diet Ideas ingin memberikan sedikit nasihat pemakanan sepanjang waktu bulan Ramadhan ini.

Bagaimana hendak mengekalkan berat badan yang sihat dan penurunan berat badan yang terkawal sepanjang bulan Ramadhan. Tipsnya adalah amat mudah!

1) Pastikan anda mengambil Sahur, Buka Puasa dan juga moreh.

2) Kalori sepanjang bulan Ramadhan adalah digalakkan TIDAK KURANG DARI 1000 KALORI., kerana, pengambilan kalori yang terlalu sedikit, akan menyebabkan penurunan jisim otot dan akhirnya, metabolisma badan akan semakin berkurang. Apabila metabolisma badan berkurang atau tidak stabil, kita akan mengalami kesukaran untuk menurunkan berat badan.

3) Kalori yang sesuai untuk sahur ialah lebih kurang 300-400 kalori. Berbuka Puasa adalah dalam 500 – 600 kalori dan seterusnya untuk moreh adalah lebih kurang dalam 200 kalori.

Sekiranya anda mempunyai soalan, mengenai diet ketika di bulan Ramadhan, anda boleh DM kami di Facebook atau Instagram, dan pakar pemakanan kami akan siap sedia untuk membantu anda!


Follow Social Media kami :


Instagram : @dietideas.sdnbhd
Facebook : @dietideas (DIET IDEAS SDN BHD)

#YO-DIET #highproteinsnacks #dietideas #ramadhan

Akhir kata, sekali lagi kami ingin mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.



More To Explore