Sale!

SEMINAR: BERSEDIA UNTUK MAKANAN PERTAMA ANAK ANDA?

Ibu bapa pasti teruja dan tertanya-tanya apakah makanan yang terbaik  seharusnya  diberikan kepada anak anda. Makanan pelengkap  diberikan kepada anak untuk memastikan keperluan nutrien mencukupi bagi pertumbuhan mereka. Apakah cara dan pemilihan makanan yang betul untuk mengelakkan anak menjadi sorang yang “picky eater”?

Jadi sertai kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang pemakanan awal kanak-kanak serta pemasalahan dan persoalan yang berkaitan dengan kanak-kanak yang boleh dibincangkan bersama pakar pemakanan kami.

Bukan itu sahaja, kami juga akan memantau perkembangan pemakanan anak anda selama 3 bulan sebagai pelengkap kepada objektif program.

Tarikh: 15 Januari 2022 (Sabtu)

Masa : 10:00 pg – 11:30 pg

Daftar sekarang untuk mendapatkan harga “early bird” dan “mystery box” daripada kami

 

RM199.00

 

Pelbagai topik yang menarik yang akan dibincangkan bersama pakar pemakanan dan pengasas produk makanan bayi  Meal For Musfirah

Selepas seminar anda berpeluang untuk mendapat :

  • 4 pilihan menu khusus untuk anak anda mengikut kondisi anak anda
  • Rundingan khusus bersama ibu tentang pemakanan anak anda selama 3 bulan
  • Pemantauan terhadap pemakanan anak anda melalui ‘support group’
  • “Pocket book” pemakanan awal kanak- kanak yang di sediakan khas untuk panduan para ibu
  • Produk makanan bayi daripada Meal For Musfirah

ID webinar akan diberikan kepada email anda selepas pembayaran dilakukan.